🔸 Translation – Accurate and context-based translations tailored to your content. | 🔸 Proofreading & Editing – Clear, error-free writing with improved flow and structure. | 🔸 Paraphrasing – Rewrite content to reduce similarity while keeping the original meaning. | 🔸 Transcription – Convert audio to clean, readable text in your preferred format. | 🔸 Interpreting – Clear and effective verbal translation to assist communication between parties at events and proceedings. | 🔸 Beta-reader – Provision of tailored, useful feedback from a reader's perspective. | 🔸 Translation – Accurate and context-based translations tailored to your content. | 🔸 Proofreading & Editing – Clear, error-free writing with improved flow and structure. | 🔸 Paraphrasing – Rewrite content to reduce similarity while keeping the original meaning. | 🔸 Transcription – Convert audio to clean, readable text in your preferred format. | 🔸 Interpreting – Clear and effective verbal translation to assist communication between parties at events and proceedings. | 🔸 Beta-reader – Provision of tailored, useful feedback from a reader's perspective. |

Bahasa Yang Tepat, Untuk Penyampaian Yang Hebat

Menyediakan penyelesaian bahasa yang pintar dan berkesan

Perkhidmatan Kami

Penterjemahan

Pasukan penterjemah kami yang berpengalaman, bertauliah dan profesional bersedia untuk memenuhi keperluan anda. Kami akan memastikan dokumen anda diterjemah dengan teliti dan cermat, dengan maksudnya dikekalkan, selain memastikan terjemahan itu dapat dibaca dengan lancar dan mudah difahami.

Proofreading & Editing

Pembacaan pruf melibatkan pemeriksaan dan pembetulan tatabahasa, ejaan, struktur ayat dan penggunaan tanda baca. Penyemakan dan penambahbaikan kandungan substantif dokumen dilakukan secara minimum. Perkhidmatan penyuntingan kami pula merangkumi semua kerja-kerja pembacaan pruf; selain itu, editor akan turut memperbaiki paparan maklumat dan idea dalam sesebuah dokumen. Perubahan akan dibuat untuk meningkatkan kejelasan, struktur ayat dan aliran penulisan. Kami juga akan menyunting teks yang lewah, tidak konsisten, dan berulang-ulang.

Kejurubahasaan

Kami menawarkan perkhidmatan kejurubahasaan profesional untuk membolehkan komunikasi yang jelas dan berkesan antara pihak-pihak dalam pelbagai acara, termasuk persidangan, mesyuarat dan prosiding mahkamah. Jurubahasa kami terlatih untuk menyampaikan terjemahan lisan yang tepat, agar komunikasi yang produktif dan hasil yang baik dapat dicapai.

Parafrasa (Paraphrasing)

Parafrasa (paraphrasing) bermaksud menulis semula teks anda dengan perkataan dan struktur yang berbeza sementara mengekalkan makna asal. Kami akan membantu untuk menurunkan indeks persamaan (similarity index) berdasarkan sasaran anda—hanya kongsi laporan Turnitin anda dengan kami. Nota: Kami hanya menerima dokumen yang mempunyai indeks persamaan kurang daripada 40%.

Transkripsi

Kami boleh menukar isi kandungan fail audio (atau video) kepada format teks. Jika anda mempunyai rakaman audio atau visual yang ingin ditukar kepada teks, kami sedia membantu anda. Kadar caj bagi perkhidmatan ini adalah berdasarkan tempoh rakaman dan kualiti fail.

Pembaca Beta

Perkhidmatan pembaca beta (beta reader) kami memberikan maklum balas yang objektif dan berharga tentang manuskrip anda dari perspektif pembaca. Dengan pandangan yang membina dan ulasan terperinci, pembaca beta kami membantu untuk meningkatkan kualiti penulisan anda, agar diterima baik oleh pembaca sasaran.

Mengapa Pilih Kami?

Boleh dipercayai

Kami berdaftar dengan SSM (No. Pendaftaran SSM 002532387-D) dan kami sentiasa beroperasi dengan etika kerja yang jujur dan terbuka.

Kadar Berpatutan

Kadar caj kami sangat berpatutan dengan hasil kerja berkualiti tinggi yang kami sediakan.

Boleh dipercayai

Kami mengambil berat tentang tarikh akhir setiap tugasan dan sentiasa menghantar kerja tepat pada waktu. Jika kami lambat, anda akan menikmati potongan 10% daripada yuran kami.

Fleksibel

Kami berbangga dengan kebolehan kami untuk beradaptasi. Kami menawarkan penyelesaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan jadual khusus pelanggan, merentasi semua perkhidmatan yang kami tawarkan.

Berpengalaman

Kami berpengalaman dalam memberi perkhidmatan kepada pelbagai kategori pelanggan syarikat korporat, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, universiti, pensyarah, pelajar pasca siswazah, penulis, penerbit dan individu lain – serta telah menangani beratus-ratus dokumen yang pelbagai jenis.

Sangat disyorkan

Ramai pelanggan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Sila lihat testimoni pelanggan sebenar yang kami sertakan di sini.

Apa Kata Pelanggan?

🔸 Translation – Accurate and context-based translations tailored to your content. | 🔸 Proofreading & Editing – Clear, error-free writing with improved flow and structure. | 🔸 Paraphrasing – Rewrite content to reduce similarity while keeping the original meaning. | 🔸 Transcription – Convert audio to clean, readable text in your preferred format. | 🔸 Interpreting – Clear and effective verbal translation to assist communication between parties at events and proceedings. | 🔸 Beta-reader – Provision of tailored, useful feedback from a reader's perspective. | 🔸 Translation – Accurate and context-based translations tailored to your content. | 🔸 Proofreading & Editing – Clear, error-free writing with improved flow and structure. | 🔸 Paraphrasing – Rewrite content to reduce similarity while keeping the original meaning. | 🔸 Transcription – Convert audio to clean, readable text in your preferred format. | 🔸 Interpreting – Clear and effective verbal translation to assist communication between parties at events and proceedings. | 🔸 Beta-reader – Provision of tailored, useful feedback from a reader's perspective. |

Hubungi Kami Sekarang

Ada soalan atau sudah bersedia untuk memulakan projek anda? Mari kita realisasikan.

Emel: wordloftsolutions@gmail.com

Hubungi/Whatsapp: +60 10-554 4145

FAQs

Apakah waktu operasi anda?
Kami beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 9 malam. Walau bagaimanapun, kami masih boleh dihubungi pada bila-bila masa, dan kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin.
Macam mana nak dapatkan sebut harga untuk perkhidmatan yang saya perlukan?
Sila isi Quotation Request Form kami dan isikan maklumat sebanyak mungkin.

Kami akan menyediakan sebut harga untuk anda secepat mungkin. Sebagai alternatif, anda boleh juga menghubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan sebut harga.

Apabila harga dan tarikh siap kerja sudah dipersetujui, kami akan menghantar invois kepada anda. Kami biasanya akan mengambil sedikit bayaran pendahuluan sebelum memulakan kerja.

Kami akan memaklumkan kepada anda setelah tugasan kami selesai. Bayaran baki perlu dijelaskan selepas kerja sudah siap dan diserahkan kepada anda.
Boleh kita berunding tentang harga?
Ya, boleh! Kadar bayaran kami bergantung pada pelbagai faktor, seperti kerumitan teks, panjang dokumen, tempoh masa yang diberi dan kualiti bahasa. Kami terbuka untuk membincangkan harga dan tarikh akhir dengan anda.
Apakah kaedah pembayaran untuk perkhidmatan anda?
Kami menerima pembayaran melalui pindahan bank dalam talian, kod QR, deposit tunai dan PayPal. Hubungi kami jika anda ingin membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah lain.
Adakah kerahsiaan dokumen/fail audio saya dilindungi?
Ya, sudah tentu. Di WordLoft Solutions, kami sentiasa menitikberatkan kerahsiaan dan menganggap dokumen/fail audio anda sebagai sulit. Kami tidak akan berkongsi dokumen/fail audio anda dengan sesiapa tanpa kebenaran anda terlebih dahulu. Atas permintaan anda, fail akan dipadamkan sebaik sahaja kerja selesai dan bayaran penuh sudah diterima.
Bolehkah saya meminta contoh kerja?
Ya, boleh! Atas permintaan, kami boleh menyediakan contoh kerja (satu halaman) terjemahan/penyuntingan kami secara percuma, supaya anda dapat mengukur dan menilai kualiti kerja kami.
Bagaimana saya boleh mendapatkan kiraan jumlah perkataan dalam dokumen saya?
Kiraan perkataan untuk dokumen anda terpapar di bahagian bawah (sudut kiri) halaman anda dalam Microsoft Word. Boleh juga klik pada tab 'Semakan' dan kemudian memilih 'Kiraan Perkataan', untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Linktree

Whatsapp

Minta Sebut Harga

Back to Top
ms_MYMY
Powered by TranslatePress